fbpx

[VIDEO] Pemandu MPV cetus kemalangan dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis trafik memeriksa kesan kemalangan yang meragut nyawa penghantar makanan di KM 91.1, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Air Hitam, Dungun hari ini.

DUNGUN – Gara-gara mengelak sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) memasuki laluannya, seorang penghantar maut yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam kemalangan di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Air Hitam di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, Mohamad Haszaniza Sulong@ Zakaria, 27, meninggal dunia akibat kecederaan di beberapa anggota badan setelah kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis Mercedes Benz.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Mohamad Haszaniza dikatakan dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah MPV yang masih belum dikenalpasti dikatakan telah memasuki laluan bertentangan untuk memotong kenderaan lain.

“Kereta Perodua Myvi dipandu mangsa cuba mengelak daripada dirempuh MPV yang terlalu hampir itu dengan memasuki laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, reaksi spontan itu menyebabkan kereta Perodua Myvi mangsa terbabas lalu bertembung dengan kereta jenis Mercedes Benz.

Baharudin berkata, polis sedang menyiasat dan menjejak identiti pemandu MPV yang didakwa mencetuskan kemalangan maut itu.

“Setakat ini, polis telah mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kes kemalangan itu daripada Majlis Perbandaran Dungun dan sebuah premis milik syarikat swasta untuk siasatan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI