fbpx

Pelajar mangsa banjir terima sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pelajar yang menerima sumbangan kelengkapan sekolah bergambar di depan pusat pakaian Hari Hari, Seksyen 7 kelmarin.

SHAH ALAM – Seramai 55 pelajar gembira apabila menerima sumbangan kelengkapan sekolah menerusi Misi Bantuan Sumbangan Pasca Banjir di pusat pakaian Hari-Hari Seksyen 7 di sini kelmarin.

Program itu dianjurkan oleh Persatuan Alumni Program Persahabatan ASEAN JEPUN Abad ke-21 Malaysia (Pamaja Malaysia).

Penganjur program yang juga Penasihat Pamaja Malaysia, Mohd. Adnan Md. Daud berkata, pelajar berkenaan menerima uniform persekolahan, kasut, stoking, beg sekolah serta alat tulis.

Menurutnya, sumbangan itu bagi membantu pelajar-pelajar tersebut yang terjejas dengan musibah banjir di Seksyen 17, Seksyen 24, Taman Seri Muda, Kampung Padang Jawa dan Kampung Kebun Bunga Bt. 3 di sini.

“Dalam kejadian itu, semua pakaian serta kelengkapan persekolahan mereka telah musnah semasa banjir,” katanya.

Turut hadir pada program itu ialah Presiden Pamaja Malaysia, Datuk Sahariman Hamdan dan Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Petaling, Mohd. Safri Tambong.

Mohd. Adnan memberitahu, Kedutaan Jepun di Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM47,000 dalam misi bantuan pasca banjir di Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Katanya, peruntukan itu untuk memberi sumbangan barangan keperluan rumah termasuk tilam, bantal, peralatan dapur serta barangan persekolahan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Bagi Shah Alam, Pamaja Malaysia menimbang setiap keluarga menerima sumbangan kelengkapan persekolahan untuk seorang pelajar. Anggaran kos untuk setiap pelajar sebanyak RM150.

“Semua penerima amat teruja menerima kelengkapan sekolah dan gembira untuk kembali ke sekolah. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban kewangan keluarga pelajar tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI