fbpx

Newcastle tanggung malu tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMBRIDGE melakar kejutan apabila menewaskan Newcastle 1-0 pada aksi pusingan ketiga Piala FA kelmarin. – AFP

NEWCASTLE – Nasib malang Newcastle United musim ini berterusan apabila mereka tersingkir daripada saingan Pia­la FA selepas tewas 0-1 kepada pasukan divisyen ketiga, Cambridge di Stadium St. James Park malam kelmarin.

Pada aksi pusingan ketiga itu, The Magpies yang baru diambil alih konsortium dari Arab Saudi kecewa apabila menanggung kekalahan memalukan itu.

Biarpun diperkuatkan de­ngan kehadiran pemain baharu, Kieran Trippier, skuad kendalian Eddie Howe itu gagal mencatat keputusan dimahukan apabila mensia-siakan sembilan percubaan tepat yang dilakukan.

“Kami sangat kecewa de­ngan kekalahan ini kerana sudah melakukan persiapan terbaik. Bagaimanapun, mereka bertahan dengan baik selain memiliki penjaga gol yang sanggup ‘mati’ demi pasukan.

“Saya tidak fikir pemain-pemain ambil mudah perlawanan hari ini (kelmarin) kerana mereka tahu betapa pentingnya saingan Piala FA. Saya berikan kredit kepada Cambridge dan jurulatihnya,” kata Howe.

Bekas pengurus Bournemouth itu juga percaya mereka sepatutnya boleh mara ke pusingan keempat sekiranya pemain-pemain memiliki sentuhan lebih tajam apabila berada di hadapan gol.

“Kami ada banyak peluang untuk ‘bunuh’ perlawanan tetapi tuah tidak memihak kepada kami. Apabila peluang-peluang itu disia-siakan, kami hanya perlu salahkan diri sendiri,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI