fbpx

MoU amah Indonesia bakal dimeterai bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Saravanan (empat kiri) dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba (empat kanan) bergambar bersama selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di Menara PERKESO di sini, hari ini. FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Malaysia dan Indonesia bakal memeterai memorandum persefahaman (MoU) baharu mengenai isu pengambilan pembantu rumah dari republik itu pada awal bulan depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan ketika mengesahkannya berkata, acara bersejarah itu akan berlangsung di Indonesia dengan tarikh ditetapkan 7 atau 8 Februari ini.

“Bagaimanapun, sebelum MoU itu dimeterai, ada beberapa isu berbangkit perlu diselesaikan antaranya status pelancong Indonesia ketika ini yang boleh diubah sebagai amah,” katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di Menara Perkeso, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba serta juga diadakan penyampaian hadiah pemenang Pertandingan Inovasi Rekacipta Perkeso 2021.

Malaysia membekukan pengambilan pembantu rumah dari Indonesia sejak awal 2020 lalu ekoran penutupan sempadan yang disebabkan isu kebimbangan penularan wabak Covid-19.

Dianggarkan Malaysia memerlukan kurang 10,000 amah dari negara jiran tersebut, selain sejumlah 32,000 pekerja sektor perladangan Indonesia yang akan nanti melibatkan MoU berbeza.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, kerajaan republik itu menangguhkan pemeteraian MoU yang sepatutnya ditandatangani secara rasmi antara kedua-dua negara pada akhir bulan lalu.

“Pemerintah Indonesia anggap tindakan Malaysia membenarkan pelancong negaranya yang kemudian boleh bertukar status menjadi amah sebagai satu bentuk buruh paksa,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI