fbpx

Lelaki bunuh, makan kekasih dipenjara seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Defendan, Stefan R. dipenjara seumur hidup atas jenayah kanibalisme. - Paul Zinken/ Getty Images

BERLIN, Jerman – Seorang guru yang dituduh membunuh dan memakan lelaki yang dikenali menerusi sebuah platform cari jodoh telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, lapor akhbar The New York Post, kelmarin.

Tertuduh yang dikenali sebagai Stefan R, 42, dikatakan ‘memburu’ mangsa menerusi platform cari jodoh bagi memenuhi fantasi kanibalismenya.

Menurut mahkamah Berlin, Stefan  membunuh mangsanya untuk mendapat kepuasan seksual eksotik dan turut memakan bahagian sulit mangsa.

“Apa yang anda lakukan adalah tidak berperikemanusiaan,” kata Hakim Matthias Schertz.

Bagaimanapun, Stefan menafikan melakukan pembunuhan itu dan mendakwa mangsa yang juga seorang mekanik, maut ketika tidur di sofa apartmen miliknya.

“Saya tidak membuat panggilan kecemasan kerana takut identiti sebagai seorang homoseksual terbongkar,” katanya.

Mahkamah memutuskan bahawa tertuduh  didapati bersalah atas jenayah yang sangat serius dan  tidak boleh dibebaskan dengan parol automatik selepas 15 tahun seperti kebanyakan kes bunuh lain  di Jerman. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI