fbpx

Lebih 1 tan naskah Al-quran, buku agama diterima pasca banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas pusat pelupusan ayat suci di Taman Yayasan, Segamat memegang naskah buku agama yang telah melalui proses pelupusan dalam bentuk bata.

SEGAMAT – Pejabat Kadi Daerah Segamat menerima lebih satu tan naskah al-Quran dan buku agama yang musnah akibat banjir melanda daerah ini baru-baru ini untuk dilupuskan.

Kadi Daerah Segamat, Mohd. Fauzi Bachok, berkata, tindakan itu dilakukan selaras dengan tanggungjawab pihaknya untuk menjaga kesucian ayat al-Quran juga tertib pelupusannya.

“Banjir besar yang melanda mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan banyak harta benda termasuk naskah al-Quran dan buku agama di masjid, surau, sekolah, pusat tahfiz dan rumah persendirian.

“Kesemua pihak khususnya umat Islam di lokasi yang terjejas, boleh dan hendaklah menghantar naskhah al-Quran dan buku agama yang rosak ke masjid kariah yang berdekatan.

Bagaimanapun aktiviti pelupusan itu tetap diadakan secara berkala jika ada permintaan dari penduduk serta keperluan semasa. Naskah berkenaan akan dikumpulkan dan dibawa ke pusat pengumpulan yang telah ditetapkan,” katanya ditemui di Pejabat Kadi Segamat, di Jalan Buloh Kasap di sini hari ini.

Pejabat Kadi Daerah Segamat menetapkan lapan pusat pengumpulan dibeberapa lokasi berhampiran lokaliti terjejas banjir iaitu Masjid Taman Yayasan dan Surau Kampung Paya Lang 1 bagi DUN Buloh Kasap.

Selain itu, Masjid Kampung Sulir, Masjid Kampung Jawa , bagi DUN Pemanis, Masjid Makam Lubok Batu, Sekolah Agama Gemerih bagi DUN Jementah, Masjid Al-Muhajirin Bukit Siput bagi DUN Kemelah dan Masjid Tenang Stesyen bagi DUN Tenang.

Beliau berkata, pihak pengurusan pengumpulan perlu memastikan kesemua naskhah yang dihantar ditempatkan di ruang yang sesuai, selamat dan bersih serta jauh daripada laluan manusia atau haiwan bagi mengelakkan ia dilangkah, dipijak, serta diletakkan di kedudukan yang tinggi dari paras biasa persekitaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI