fbpx

Jurutera jual gambar lucah dalam Telegram didenda RM6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azri ketika tiba di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

PETALING JAYA – Gara-gara menjual gambar lucah wanita dengan harga RM100 melalui aplikasi Telegram dua tahun lalu, seorang jurutera didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd. Azri Zahari, 34, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya OKS gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama enam bulan lagi dan OKS membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa dengan menggunakan aplikasi Telegram akaun “Menteri Pasola” telah secara sedar memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial (menjual) kepada seorang lelaki yang kemudian gambar lucah itu dilihat pada 4 Mac 2019 pukul 8.21 malam di sebuah rumah di Bandar Sunway di sini.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili OKS memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum dengan alasan OKS insaf dengan apa yang telah dilakukan dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

“OKS yang juga seorang duda bekerja sebagai jurutera. Dia juga merupakan penanggung utama keluarga dan memilih untuk mengaku bersalah kerana mahu menjimatkan masa mahkamah,” kata peguam itu.

Ketika prosiding, hakim itu bertanya adakah tindakan OKS menjual gambar lucah tersebut untuk menambah pendapatan (for money), peguam OKS  menjawab tidak, kerana ketika kejadian anak guamnya sedang mengalami tekanan kerana masalah rumah tangga.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa daripada daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Nazrul Hizam Mohd. Zameri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda setimpal dengan mengambil kira faktor OKS menjual gambar lucah seolah-olah menjual harga diri mangsa.

Sebelum hukuman dijatuhkan, hakim itu menasihatkan agar OKS bertaubat dengan apa yang telah dilakukan.

“Mahkamah beri peluang untuk kamu (OKS) repent (bertaubat), jika kesalahan kali kedua hukuman akan lebih tinggi,” kata hakim itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI