AKTRES Jennifer Lawrence mengakui telah menghabiskan banyak waktu dengan menonton video dalam media sosial TikTok sehingga seolah-olah menjadi satu ketagihan.
Kata pelakon filem Don’t Look Up itu, dia juga sama seperti kebanyakan pengguna lain apabila suka menonton pelbagai video menarik yang dikongsikan dalam TikTok dan tidak sedar telah menghabiskan masa selama berjam-jam.
“Saya banyak menghabiskan masa dengan menonton pelbagai video dalam TikTok.
“Sehingga saya tidak sedar menghabiskan masa berjam-jam lamanya,” kata Lawrence.
Lawrence membuka akaun TikTok bukan untuk menghasilkan konten, sebaliknya menggunakan akaun tersebut untuk menonton video yang dikongsikan pengguna lain.
“Satu-satunya media sosial yang saya aktif gunakan adalah Facebook.
“Maaf saya tidak mempunyai akaun Twitter,” dedahnya.
Selain itu, Lawrence turut mengakui dia sebenarnya tidak terlalu mahir bermain telefon pintar serta gajet berteknologi tinggi.