fbpx

Jejantas berhampiran SMK Pengkalan Permatang rekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jejantas yang merekah di hadapan SMK Pengkalan Permatang, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Semua pengguna jalan raya diminta berwaspada ketika melalui jejantas pejalan kaki di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang di sini, yang didapati merekah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor menerusi kenyataan berkata, pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan awalan di lokasi yang berada di jalan persekutuan tersebut.

“Terdapat rekahan pada struktur jejantas itu ekoran hentaman kenderaan berat.

“Laluan jalan raya di situ masih selamat untuk digunakan namun pengguna perlu berwaspada ketika melalui bawah jejantas berkenaan,” katanya hari ini.

JKR Kuala Selangor turut memaklumkan, kerja pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) di lokasi akan dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Pihak Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Ibu Pejabat JKR turut sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dengan langkah susulan akan dibuat selepas menerima arahan lanjut dari pejabat berkenaan,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI