fbpx

Inisiatif Chocodap’s bantu orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenama Chocodap's diusahakan May Sarah Nadiah dan Mohamad Farhan diiktiraf sebagai The Brandlaureate The World's First Halal BestBrand E-Branding Award 2020 ini lahir sejak 2015.

PETALING JAYA – Ketika hadir lambakan pelbagai produk berasaskan coklat dari luar negara, kehadiran jenama tempatan, Chocodap’s mencuri tumpuan tersendiri.

Suka duka pasangan usahawan Mohamad Farhan Zainuddin dan isteri, May Sarah Nadiah Meor Mohamad akhirnya membuahkan hasil selepas enam tahun berjuang membawa jenama coklat sejak 2015 sebelum meraih kejayaan pada hari ini.

Malah, atas dasar mahu berkongsi rezeki, mereka menawarkan ganjaran istimewa bernilai RM100,000 untuk dimenangi ejen, pengedar dan pelanggan menerusi kempen Grand Rewards Chocodap’s.

“Saya dan suami bukan dilahirkan dalam keluarga senang. Kami bermula dari sifar. Tanpa dibantu sesiapa, semua urusan perniagaan dilakukan di pangsapuri kos rendah yang disewa waktu itu.

“Perjalanan kami bukan semudah itu. Berdepan pelbagai liku. Rezeki yang dikurniakan pada hari ini juga berkat doa kedua ibu-bapa. Alhamdulillah apabila dapat rezeki lebih, sudah tentu kami mahu senangkan mereka.

“Sebab itu juga kami mahu kongsi rezeki ini dengan cara kempen itu dilaksanakan,” kata May Sarah Nadiah.

Menerusi kempen bermula bulan ini hingga Jun depan, nilai ganjaran ditawarkan itu merangkumi hadiah motosikal, telefon pintar, barang kemas dan wang tunai RM10,000.

“Kempen dan kongsi rezeki ini juga ibarat inisiatif penghargaan kepada ejen dan dropship serta pelanggan.

“Syaratnya, ejen, dropship dan pelanggan hanya perlu melakukan pembelian coklat keluaran kami terutama produk terbaharu iaitu ‘Milk Chocolate Mini Bites’.

“Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan peluang pendaftaran dropship secara percuma. Untuk info lanjut, layari laman sesawang kami di www.chocodaps.com. Syarat dan terma boleh dirujuk di halaman berkenaan,” jelas Farhan.

Dalam pada itu, mereka menambah, kempen ini merupakan anjuran kali ketiga sejak penubuhan syarikat. Bezanya tempoh kempen kali ini dipendekkan ke enam bulan sahaja berbanding 12 bulan.

Jenama tempatan yang diiktiraf sebagai The Brandlaureate The World’s First Halal BestBrand E-Branding Award 2020 ini berasal daripada gabungan ‘chocolate’ dan ‘sedap’ dan legasinya bermula sejak 2015. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI