PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Sarawak dan Perak dijangka mengalami hujan lebat petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, ramalan hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda di sekitar kawasan kedua-dua negeri itu.
“Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di negeri Sarawak di sekitar Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Selangau.
“Sementara itu, kawasan lain terlibat termasuk Mukah di Tanjung Manis, Kapit, Bintulu serta Miri,” katanya hari ini.
Jelas MetMalaysia, Perak juga akan mengalami cuaca yang sama di Hilir Perak dan Batang Padang. – K! ONLINE