fbpx

Hanya pakaikan anak sandal ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zawawi menghantar tiga orang anaknya di SK Tanjung Minyak, Melaka di sini, hari ini.

MELAKA – Rata-rata ibu bapa di negeri ini hanya menyarungkan pakaian lama sekolah kepada anak masing-masing pada pembukaan semula persekolahan, hari ini.

Tinjuan Kosmo! di Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak mendapati ibu bapa mula menghantar anak masing-masing pada pukul 7 pagi dengan beberapa murid prasekolah turut dilihat hanya memakai sandal biasa.

Salah seorang ibu bapa, Zawawi Yaakub, 48, berkata, dia hanya memakaikan tiga orang anaknya baju lama sekolah kerana bimbang pembelajaran secara fizikal itu berlangsung untuk tempoh singkat.

“Saya memang tidak buat apa-apa persiapan untuk anak-anak dan mereka hanya pakai baju lama kerana takut nanti tutup semula sekolah, berbalik kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Anak saya prasekolah berusia enam tahun juga hanya pakai sandal biasa, abang-abangnya yang merupakan murid darjah empat dan enam menggunakan kasut lama mereka,” katanya.

Tambahnya, pada tahun lalu dia telah mengeluarkan kos lebih RM500 untuk membeli baju sekolah anak-anaknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI