fbpx

Deltacron kombinasi varian Delta, Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOKTOR menyediakan suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di sebuah pusat vaksinasi di Corsica pada 8 Januari lalu. - AFP

LONDON – Saintis-saintis di Cyprus mendakwa menemui varian baharu yang mereka namakan Deltacron berikutan virus tersebut memiliki ciri genetik seperti Omicron dan genom Delta, demikian menurut  agensi berita Bloomberg seperti  laporan akhbar Daily Star kelmarin.

“Kini terdapat jangkitan Omicron dan Delta dan kami menemui varian baharu itu yang terdiri daripada kombinasi dua kuman tersebut,”  kata Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis. 

Kostrikis dan pasukannya telah mengenal pasti 25 kes sedemikian, manakala analisis stastistik mendapati kekerapan kombinasi dua jangkitan itu tinggi dalam kalangan pesakit  yang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 berbanding mereka yang mengalami gejala ringan.

Jujukan genom dalam 25 kes Deltacron itu telah dihantar ke GISAID iaitu pangkalan data antarabangsa yang mengawasi perubahan virus Covid-19.

“Kita akan  lihat sama ada varian baharu ini lebih berbahaya, lebih mudah berjangkit atau berkekalan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau bagaimanapun percaya varian itu akan diganti dengan varian Omicron yang amat mudah berjangkit.

Sementara itu, saintis-saintis turut melaporkan penemuan dua simpton baharu  luar jangkaan yang dialami pesakit dijangkiti varian Omicron baru-baru ini.

Mereka menerangkan mengenai keadaan mata merah jambu berikutan varian Omicron mempengaruhi enzim 2 (ACE2) yang ditemui di dalam mata manusia. Simptom tersebut boleh berlaku dua hari selepas pesakit dijangkiti varian Omicron.

Rambut gugur pula boleh berlaku pada pengakhiran jangkitan kerana lebih banyak rambut akan gugur selepas fasa seseorang mengalami demam.

Perkembangan itu dilaporkan selepas Britain secara rasmi melepasi angka 150,000 kematian akibat Covid-19 pada Sabtu lalu, menjadi negara ketujuh  berada dalam situasi tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI