SEOUL – Calon Presiden Korea Selatan , Lee Jae-myung telah mengemukakan cadangan untuk membenarkan insurans penjagaan kesihatan awam menanggung rawatan keguguran rambutlapor laman berita Wionews kelmarin.
Jae-myung dari Parti Demokrat membuat rayuan itu dengan mengatakan hampir 10 juta penduduk negara itu mengalami masalah keguguran rambut.
Namun ramai daripada mereka terpaksa memesan ubat dari luar negara atau menggunakan ubat prostat sebagai alternatif ekoran kos rawatan yang tinggi.
Sejak cadangan itu didedahkan awal minggu ini, masalah keguguran rambut telah menjadi topik hangat menjelang undian presiden Mac di Korea Selatan.
Komuniti online untuk golongan botak dibanjiri dengan mesej yang menyokong cadangan Jae-myung.
“Mari sokongan Lee Jae-myung untuk kesejahteraan rambut kita,” tulis seorang pengguna sebagai membalas kiriman slogan Jae-myung mengenai keguguran rambut.
Bagaimanapun, terdapat juga kritikan terhadap cadangan itu yang mengatakan bahawa ia hanyalah ikrar kempen yang didorong oleh populisme beliau yang merupakan calon parti yang memerintah bagi memenangi undi. – AGENSI