fbpx

Mangsa banjir: Satu kes Covid-19, 23 kes penyakit berjangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Satu lagi kes baharu Covid-19 melibatkan mangsa banjir direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 470 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes positif Covid-19 di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) kekal dengan 15 kes serta tiada kes baharu direkodkan.

Menurutnya, jumlah kluster Covid-19 di PPS juga masih sama iaitu satu kluster berikutan tiada pertambahan dilaporkan.

“Bagi kes penyakit berjangkit melibatkan mangsa banjir, sebanyak 23 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,434 kes.

“Ia melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (empat kes), penyakit kulit (10 kes) dan acute gastroenteritis (sembilan kes),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 43 PPS masih beroperasi di Johor (37), Pahang (3), dan Melaka (3) serta seramai 3,205 mangsa terjejas banjir. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI