fbpx

AMK desak Azam Baki direhatkan dari tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkumpul dihadapan SPRM selepas menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki direhatkan dari tugas di perkarangan SPRM Putrajaya di sini, hari ini. - FOTO:: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki direhatkan dari tugas.

Memorandum berbentuk plakad besar bertulis ‘Undur Azam Baki’ disuarakan AMK berkaitan dakwaan pembabitan Azam dalam pemilikan saham yang didakwa milik adiknya di bangunan SPRM di sini hari ini.

Ketua AMK Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, memorandum itu diserahkan secara berkonvoi bagi menyampaikan pandangan rakyat Malaysia dan anak muda kerana ia penting untuk pertahankan integriti serta menyelamatkan kedudukan SPRM.

Menurutnya, AMK akan memberi tekanan kepada kerajaan agar Azam dipecat atau diberi cuti rehat sehingga kes siasatan selesai diadakan.

“Ini merupakan satu krisis jika sebelum ini negara berhadapan banjir besar kini kita berhadapan krisis integriti membabitkan pembelian saham yang perlu ditangani segera ,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, sebelum memorandum itu diserahkan, sebanyak 50 kenderaan berkonvoi di jalan raya bermula dari Dataran Putrajaya ke Presint 2 dan berakhir di bangunan SPRM bagi menyerahkan memorandum.

Sebelum ini media melaporkan, pelbagai pihak mendesak isu pemilikan saham yang dikaitkan dengan Azam disiasat sebuah badan bebas demi menjaga kredibiliti SPRM sebagai institusi terpenting dalam negara.

Dalam perkembangan sama, AMK mahu kerajaan mempercepatkan agenda pembaharuan institusi lebih menyeluruh dengan meletakkan SPRM di bawah seliaan Parlimen dan dijadikan satu institusi Bebas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI