fbpx

2 ATO-RPTO terima COA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chester Voo

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengiktiraf Sijil Kelulusan (COA) yang pertama kepada dua pengendali Approved Training Organisation for Remote Pilot Training Organisation (ATO-RPTO).

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Chester Voo berkata, ini merupakan sebahagian daripada komitmen mereka untuk memberi sokongan berterusan kepada industri dron atau Sistem Pesawat Tanpa Pemandu/Unmanned Aircraft System (UAS).

Katanya, ia menerusi penyediaan asas yang kukuh bagi membolehkan pengendali-pengendali dron berpotensi untuk dilatih dengan kemahiran diperlukan melalui latihan pengendalian dron yang lebih menyeluruh.

“ATO-RPTO merupakan sebuah pusat latihan pengendali dron yang diiktiraf oleh CAAM dan bertanggunjawab dalam menyediakan laporan mengenai pengetahuan teori serta arahan dan penilaian penerbangan berkaitan kompetensi pengendali dron.

“ATO-RPTO menilai tahap kecekapan pengendali dron berdasarkan keperluan tertentu dan mengeluarkan pensijilan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Chester, UAV Academy of Asia Sdn. Bhd. dan Air Asia Group Berhad menerima COA RPTO di bawah Peraturan 64 Civil Aviation Regulations 2016 yang membolehkan mereka untuk mengendalikan peperiksaan atau ujian dan menyediakan kursus latihan atau arahan mengikut spesifikasi latihan diluluskan.

“UAV Academy of Asia Sdn Bhd telah bertapak dalam industri dron sejak tiga tahun lalu manakala syarikat penerbangan tambang rendah multinasional, Air Asia Group Berhad, masing-masing telah memenuhi piawaian, keperluan dan prosedur berkaitan peruntukan sebagai RPTO yang diiktiraf oleh CAAM,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI