fbpx

Tun Mahathir berjaya jalani prosedur perubatan elektif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya menjalani prosedur perubatan elektif dan keadaannya kini dilaporkan semakin pulih.

Institut Jantung Negara (IJN) dalam satu kenyataan berkata, prosedur yang dijalankan oleh sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya semalam, berjalan dengan lancar seperti dirancang.

“Beliau telah sedar dan bersemangat tinggi.

“Berdasarkan kepada perkembangan semasa klinikal, beliau dijangka dibenarkan keluar dari IJN dalam beberapa hari lagi,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali turut merakamkan ucapan terima kasih atas segala ucapan selamat, keprihatinan dan doa daripada orang ramai.

Terdahulu, Mahathir dimasukkan ke IJN Jumaat lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif di hospital terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI