fbpx

Tarif elektrik baharu tidak bebankan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil NGO di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, Jalan Bayam di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan bakal mempertimbangkan kembali kadar tarif elektrik negara ini bagi tempoh 2022 sehingga 2024 dalam usaha untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat ketika ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan sudah membuat keputusan mengenai tarif elektrik untuk tempoh tiga tahun itu dan ia bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, ini kerana, kerajaan sudah mengkaji dengan mengambil kira keadaan negara ini yang baru pulih daripada pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi.

“Pengumuman mengenai tarif elektrik itu akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.

“Jumlah keseluruhan pengguna elektrik di seluruh negara dianggarkan sebanyak 8 juta dan 85 peratus daripadanya merupakan pengguna domestik manakala selebihnya untuk kegunaan komersil dan industri,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Persatuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kelab di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, Jalan Bayam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, beliau memberi jaminan kerajaan tidak akan membebankan rakyat terutama pemegang akaun domestik sekiranya ada beberapa pengubahsuaian selepas ini.

Menurutnya, bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pengguna elektrik bagi komersil dan industri berkemungkinan akan menghadapi pengubahsuaian kadar tarif elektrik selepas ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI