fbpx

Syukur dan cabaran bisnes 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

 

Baru-baru ini, dalam sesi khas tahun baharu 2022, saya mendoakan agar Malaysia dijauhkan daripada bencana, dilindungi dan selamat dalam berdepan ujian ini. Moga Allah pelihara dan beri kekuatan kepada kita semua.

Saya juga ucapkan takziah kepada semua yang terkesan musibah banjir melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang, Melaka, Sabah, Johor dan Kelantan dari 18 Disember hingga baru-baru ini.

Alhamdulillah, RichWorks melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell dapat mengumpul dana hampir RM1 juta sejak Jun tahun lalu di bawah kempen #RichWellBantu dengan menyalurkan sumbangan kepada keluarga memerlukan ekoran pandemik dan banjir.

Dalam tempoh 24 jam, kami kumpulkan RM500,000 hasil tambahan sumbangan kilat usahawan-usahawan kami bersama RichWorks sendiri agar sedikit sebanyak dapat ringankan beban mangsa banjir yang terkesan bukan saja dari segi mental, fizikal malah kewangan.

Saya percaya setiap ujian ini, merupakan cara hapuskan dosa kita sebelum digantikan sesuatu yang lebih baik lagi, insyaAllah.

Situasi banjir di Shah Alam hujung tahun lalu, yang mengakibatkan ramai mangsa terjejas dan hilang harta benda.

Syukur
Syukur, inilah satu perkataan penting yang perlu kita ungkapkan setiap hari termasuk pada tahun baharu ini.

Sekiranya kita masih lagi bernafas, dapat bangun dari tidur untuk mulakan hari baru, bersyukurlah.

Apatah lagi bagi bisnes yang masih bertahan dan menyaksikan peningkatan pada tahun lalu.

Bersyukurlah juga kita masih ada kesempatan, dapat berubah dan adaptasi dengan situasi ketika ini untuk membawa bisnes ke tahap yang lebih tinggi.

Cabaran bisnes
Tahun ini, akan ada banyak cabaran. Kita akan berdepan banyak ketidakpastian pada 2022.

Umpama sebuah kapal yang berlayar di lautan luas, di mana arah angin, ribut badai berlaku yang menjadi persoalan besar untuk kita terutama bangsa usahawan, macam mana untuk uruskannya?

Dalam bisnes akan ada perubahan, lagi banyak cabaran, maka lagi banyak perubahan perlu dilakukan.

Maka anda semua kena bersedia dengan perubahan pada 2022. Cabaran paling besar adalah bagaimana nak urus emosi anda!

Sebenarnya, kunci adalah macam mana kita melihat cabaran atau masalah itu. Lihat dan cari penyelesaiannya.

Hala tuju bisnes 2022
Semua yang membina bisnes berjaya ada mentor mereka, sama seperti pemain badminton dunia bersama jurulatih mereka.

Tapi maafkan saya, bukan semua orang boleh bina bisnes berjaya dan ia bukannya berlaku secara tidak sengaja!

Berikut saya kongsikan 3 kelebihan usahawan berjaya:
1. Ada bimbingan yang baik. Umpama nak pergi ke sesuatu destinasi dengan adanya Waze.
2. Ada ilmu dan strategi ke hadapan. Boleh diguna pakai dan disesuaikan mengikut situasi semasa.
3. Faham bagaimana ‘game’ bisnes masing-masing. Tahu apa perlu dilakukan bila sesuatu berlaku dan fokus mengikut keutamaan bisnes.

Kesimpulannya, bangsa usahawan yang mahukan 2022 yang lebih baik perlu ada tiga kelebihan ini, di samping tiga lagi aspek iaitu menguatkan kepimpinan anda, jangan suka-suka tukar hala tuju dan fokus apa benda betul yang dibuat.

Saya doakan moga anda, bangsa usahawan dan seluruh rakyat Malaysia akan dapat bangkit supaya keadaan bertambah baik.
Ingatlah, setiap kesusahan pasti ada kemudahan.

Seperti dinyatakan dalam Surah Al-Insyirah, ayat 5-6 yang bermaksud: “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

BANGKIT (Bisnes Akan Naik Guna Kuasa Ilmu & Tindakan) Usahawan menampilkan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkongsikan pandangan, strategi dan panduannya dengan kepakaran dimiliki dalam membimbing ribuan usahawan jutawan dari zero menjadi hero.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI