fbpx

Sorok rokok seludup di garaj rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang ditahan selepas polis menjumpai sejumlah rokok seludup yang disorokkan di garaj sebuah rumah di Kampung Baru, Bayu Damai, Pengerang, Kota Tinggi semalam.-Foto IHSAN PDRM

KOTA TINGGI – Tindakan dua lelaki menyorokkan rokok seludup di garaj sebuah rumah di Kampung Baru, Bayu Damai, Pengerang di sini terbongkar selepas berjaya dikesan pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, hasil pemeriksaan dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi berjaya menemui 807 karton rokok seludup.

“Susulan itu polis menahan suspek berumur dalam lingkungan 35 sehingga 37 tahun. Hasil pemeriksaan telah rampas 16 kotak besar mengandungi 807 karton rokok seludup yang disorokkan di dalam kawasan garaj rumah tersebut.

“Nilai rampasan dianggarkan lebih kurang RM80,000. Permohonan reman ke atas dua suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada hari ini dibawah Seksyen 116c Akta Kastam 1967 selama 14 hari untuk membantu siasatan,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI