fbpx

Shahir rugi RM12 juta ditipu pembekal sarung tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIR

PETALING JAYA – Penyanyi Shahir Zawawi terpaksa menanggung sekitar RM12 juta selepas menjadi mangsa penipuan oleh sebuah syarikat pembekal peralatan di hospital.

Ujar Shahir atau nama lengkapnya Ahmad Shahir Zawawi, 33, turut ditipu adalah seorang lagi rakan kongsinya.

Kata Shahir, kejadian tersebut berlaku sekitar Oktober tahun 2020 melibatkan 400,000 kotak sarung tangan yang akan dibekalkan ke hospital.

“Kami menjadi pembekal peralatan di hospital. Namun produk yang sepatutnga kami terima (sarung tangan) tiada, sebaliknya hanya kotak-kotak kosong.

“Jumlah kerugian yang dialami juga agak besar iaitu sekitar RM12 juta,” katanya.

Shahir yang ditemui pada konsert akhir program realiti Hijrahkan Laguku di Studio TV AlHijrah malam tadi memaklumkan dia sudah pun membuat laporan polis dan kes kini dalam proses undang-undang.

“Saya tidak boleh ulas lebih sebab kes ini sudah pun dibawa ke mahkamah. Semua ini melibatkan urusan antara peguam syarikat dengan pembekal

“Malah pihak pembekal yang menipu kami juga sudah pun dikesan,” ujarnya.

Shahir dalam pada itu turut meluahkan rasa syukur apabila memenangi program Hijrahkan Laguku pada malam tadi sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Kemenangan Shahir yang juga merupakan bekas Juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu telah mengetepikan tiga finalis lain iaitu Datuk Nash, Mark Adam dan Iwan Syahman yang berkongsi kedudukan naib juara sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI