fbpx

Setahun berkurung muka jerawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEE kini kerap berkongsi mengenai tip solekan di akaun Instagramnya.

Gadis jelita yang menghiasi Pesona Ahad minggu ini, Sharifah Nur Diyana Syed Mohd. Nurul Alimin pernah cuba mengurung diri selama setahun kerana masalah kulit muka berjerawat yang dialaminya dua tahun lalu.

Menurut gadis berusia 24 tahun itu, dia terpaksa berbuat demikian kerana berasa malu dan rendah diri.

Pengalaman dilalui ­graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Psikologi Universiti HELP itu adalah disebabkan dia tersalah memilih produk yang disyaki m­engandungi bahan beracun.

Anak sulung daripada tiga beradik yang mesra dipanggil Dee itu bagaimanapun tidak mengambil masa lama melalui episod murung itu, sebaliknya bangkit merencana hala tuju hidup.
Kepada Kosmo! Ahad, Dee berkongsi mengenai dirinya termasuk misi membantu mangsa banjir baru-baru ini.

Kosmo! Ahad: Boleh ceritakan mengenai masalah kulit yang dialami sebelum ini?
DEE: Kejadian berlaku pada 2020 selepas saya tersalah menggunakan produk kecantikan sehingga muka ditumbuhi jerawat. Sebelum ini saya tidak mempu­nyai masalah kulit. Ketika itu saya terima banyak tawaran reviu produk, jadi terpaksa bersolek tebal dan buat suntingan untuk menutup cela pada wajah. Kulit muka berjerawat membuatkan saya berasa rendah diri dan hilang keyakinan berdepan de­ngan khalayak

Bagaimana Dee atasi ma­salah itu?
Saya berjumpa dengan pakar kulit bagi mengetahui punca dan mendapatkan nasihat. Sejak itu, saya mula berminat untuk mendalami ilmu kesihatan kulit dan menitikberatkan kebersihan wajah.

Sejak bila Dee aktif di media sosial?
Saya suka berhias dan mahu kelihatan cantik. Biasanya saya berkongsi mengenai tip solekan di media sosial terutama di Instagram. Tidak sangka setiap hantaran yang dibuat mendapat perhatian dan menerima banyak tanda suka. Sekarang saya sudah mempu­nyai pengikut tersendiri. Apabila aplikasi TikTok semakin popular, saya memuat naik video mengenai gaya hidup dan fesyen. Saya suka menggayakan pakaian berwarna terang kerana akan nampak lebih berani.

Apa aktiviti yang dilakukan pada waktu lapang?
Saya suka mencuba benda baharu dan kelainan dalam berfesyen. Saya juga pernah membeli papan selaju dan mahu berjinak-jinak dalam sukan tersebut. Saya suka mencuba pelbagai aktiviti dan terbaharu mengumpul koleksi lilin eksklusif. Mungkin ada yang beranggapan mereka yang kerap bertukar hobi se­perti ‘hangat-hangat tahi ayam’, namun pengalaman mencuba itu yang lebih bernilai.

Dalam kejadian bah baru-baru ini, adakah Dee terlibat membantu mangsa banjir?
Saya mengerakkan tabung khas bagi membantu mangsa banjir dengan menyumbang pelitup muka, kit ujian kendiri dan cecair pembasmi kuman di Semenyih dan Hulu Langat, Se­langor. Selain itu, saya juga aktif sebagai sukarela dengan membantu golongan yang tidak bernasib baik terutamanya kanak-kanak isti­mewa.

Bagaimana timbul minat untuk membantu orang lain?
Minat itu timbul kerana saya mempunyai impian untuk membuka yayasan sendiri khususnya untuk membantu golongan susah. Perasaan dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik terutamanya kanak-kanak istimewa tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Saya sukakan lelaki yang mempunyai senyuman manis, boleh membuat saya selalu ke­tawa dan bersedia untuk me­lakukan perkara mencabar. Saya percaya apabila jodoh itu sampai, saya akan berumah tangga. Jus­teru itu, saya tidak menetapkan ­sebarang target dalam perkahwinan.

Apakah azam tahun baharu Dee pada 2022?
Saya bukan seorang yang suka meletakkan azam tertentu setiap kali masuk tahun baharu, namun jika Covid-19 mula reda saya mahu mengumpul wang untuk melancong dan melihat negara orang kerana itu perkara yang tidak pernah saya dilakukan sepanjang hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI