fbpx

Sesi persekolahan 2021 masih guna kaedah penggiliran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (tengah) bertemu dengan pelajar dan guru semasa mengadakan lawatan ke SMK Sultan Ismail, Kota Bharu sempena operasi hari pertama sekolah di Kelantan hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan kaedah penggiliran pelajar yang hadir ke sekolah pada sesi persekolahan tahun ini memandangkan masih banyak kes jangkitan Covid-19 dilaporkan termasuk penularan varian Omicron.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ia perlu dilakukan ketika ini dan KPM akan meneliti perkara itu dari masa ke semasa meskipun pihaknya tidak mahu meneruskan kaedah tersebut pada tahun ini.

Menurutnya, sehubungan dengan itu, sekiranya ada ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak hadir ke sekolah ekoran bimbang situasi semasa jangkitan Covid-19 perlu memaklumkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.

“KPM bersifat terbuka sekiranya terdapat murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah, namun perlu mempunyai alasan yang munasabah.

“Langkah itu akan memudahkan pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid terbabit,” katanya selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail di sini sempena operasi hari pertama sekolah di Kelantan hari ini.

Berdasarkan rekod, seramai 1.18 juta pelajar dan murid bagi kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu memulakan sesi persekolahan bagi penggal ketiga 2021/2022 hari ini.

Bagi kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan memulakan sesi persekolahan esok.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI