fbpx

Saya dah patut mati lama dahulu – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA HUDA

PETALING JAYA – “Takkan ada hidup yang akan terus murung atau sunyi selamanya.”

Demikian kata pelakon Nabila Huda atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 37, yang memaklumkan kehidupannya kini lebih bahagia selepas membuat pendedahan secara terbuka berhubung masalah kemurungan yang dihidapi tahun lalu.

Kata pelakon filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam itu, dalam hidup, kita sebagai manusia, mempunyai banyak pilihan bagaimana untuk mendepani hari-hari mendatang.

“Saya lebih bahagia sekarang dan saya ingin hidup bahagia. Takkan ada hidup yang akan terus bersedih.

“Biarpun 10 atau 15 tahun menunggu waktu (bahagia) itu tiba, fasa itu pasti akan datang. Kita sentiasa ada pilihan.

“Kalau kita pilih kesedihan, sampai bila-bila pun bersedih sahajalah kehidupan. Kalau dalam fikiran asyik cakap itu susah, ini susah, susahlah kamu,” katanya menerusi satu hantara status panjang lebar dalam Instagram.

Prihatin dengan kepayahan hidup yang dihadapi orang ramai, anak kepada penyanyi rock ternama, Amy Search itu menitipkan pesanan agar kehidupan kekal dijalani dengan senyuman di bibir.

“Saya tahu ramai antara kita yang sedang bersedih sekarang, ‘down’ dan hilang arah. Tiba-tiba saya rasa nak berkongsi hantaran status (setahun lalu ini), supaya kalian mendapat inspirasi dan teruskan perjalanan hidup dengan senyuman.

“Saya nak kalian percaya, apa yang kalian inginkan dalam hidup, benda itu akan datang. Cuma bila semua itu, kita tak tahu. Nikmati sahaja perjalanan dan teruskan hidup dengan sepenuh jiwa raga. Jangan mengeluh sangat, senyum lebih dan sentiasalah bersyukur,” ujarnya.

Nabila atau mesra disapa sebagai Abil berkata demikian sebagai memberi peringatan terhadap hantaran ‘campak belakang’ (throwback) yang dimuat naiknya setahun lalu.

Kata Abil setahun lalu, dia sepatutnya sudah mati lama dahulu kalau tidak kuat berdepan dugaan hidup. Menurutnya, apa yang telah dilaluinya tidak mudah dilalui orang lain.

“Saya menyakitkan hati ramai orang, buat benda buruk, pentingkan diri sendiri dan dibenci ramai. Tetapi hidup mengajar dan menjadikan siapa saya ketika ini.

“Saya tak salah orang lain, tak salahlah kegagalan perkahwinan dan tak salahkan keluarga yang berpisah. Sebab saya reda dengan takdir hidup saya yang sudah tertulis, “luahnya yang menyambut ulang tahun ke-36 pada Disember lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI