fbpx

Saintis China bina laser boleh dipasang pada satelit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANTI laser dibina oleh saintis-saintis di China itu boleh dipasangkan pada satelit kecil dan mengeluarkan 100 tembakan cahaya laser 1 megawatt (MW) persaat. - Shutterstock

BEIJING – Sekumpulan saintis di China menyatakan bahawa mereka telah membangunkan sebuah peranti laser bersaiz kecil tetapi berkuasa yang boleh dipasangkan pada satelit, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.

Mereka bagaimanapun memberitahu, laser itu tidak akan digunakan untuk tujuan kemusnahan.

Pembangunan peranti itu diterbitkan melalui kertas kerja pada jurnal Aerospace Shanghai, bulan lalu. 

Peranti laser itu boleh digunakan dalam pelbagai fungsi seperti mengenal pasti sasaran, penjejakan, pengimejan dan komunikasi berkelajuan tinggi, kata ketua saintis projek berkenaan, Liu Chong dari  Kolej Sains Optik dan Kejuruteraan Universiti Zhejiang.

Ia boleh mengeluarkan 100 tembakan cahaya laser berkuasa 1 megawatt (MW) sesaat selama hampir setengah jam di ruang angkasa, demikian menurut kumpulan penyelidik tersebut. 

Peranti laser bersaiz menyamai sebuah tin berkapasiti 500 mililiter dengan berat kurang daripada 1.5 kilogram itu boleh dipasangkan pada satelit kecil. 

Dalam pada itu, tentera Amerika Syarikat (AS) merancang untuk melancarkan senjata laser 1 megawatt (MW) sendiri ke angkasa lepas pada tahun depan.

Senjata angkasa lepas AS itu mampu menghasilkan gelombang cahaya berterusan yang boleh menumpukan lebih banyak sumber tenaga ke sasaran. 

Senjata laser itu mempunyai berat kira-kira 4 tan tetapi memerlukan roket sebesar Starship milik SpaceX untuk menempatkannya di angkasa lepas . 

Ia boleh membutakan manusia secara kekal atau mengewapkan permukaan bahan tertentu, tetapi tenaganya kira-kira 5 milijoule setiap tembakan tidak cukup tinggi untuk menjatuhkan peluru berpandu atau satelit. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI