fbpx

RichWorks terus bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) terus menyediakan khidmat nasihat kepada mangsa banjir terutama bangsa usahawan yang turut terjejas dengan bencana itu di beberapa negeri baru-baru ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, bencana itu pastinya menjejaskan kehidupan mangsa di samping menambahkan lagi kesusahan mereka akibat pandemik Covid-19.

RADZ MOHD.

“Kami faham dan mengetahui perasaan itu apabila pejabat RichWorks dan rumah staf sendiri dinaiki air, belasan kenderaan mereka tenggelam.

“Apa RichWorks dapat lakukan ketika ini adalah meneruskan khidmat nasihat dari segi bisnes, bagaimana mereka dapat bangkit kembali daripada cabaran ini di samping program percuma yang akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Radz berkata, bagi mereka yang berdepan cabaran itu juga dinasihatkan jangan terlalu fokus kepada masalah, sebaliknya cari jalan untuk terus maju ke depan.

RichWorks juga akan membantu usahawan melalui ‘Siri Klinik Usahawan Bina Bisnes Berjaya, Branding & Marketing Power 2022’ secara virtual dan percuma kecuali mereka memilih untuk hadir di lokasi akan diumumkan kelak pada 4 hingga 6 Mac nanti.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pasukan RichWorks di talian 019-2442244 atau layari binabisnesberjaya.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI