fbpx

Puteri Arab Saudi dibebaskan selepas tiga tahun dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Basmah binti Saud bin Abdulaziz Al Saud dibebaskan pada 6 Januari lalu selepas ditahan hampir tiga tahun. - EPA

RIYADH – Seorang puteri dari Arab Saudi telah dibebaskan selepas dipenjarakan selama hampir tiga tahun, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Puteri Basmah binti Saud bin Abdulaziz Al Saud, 57, dibebaskan Khamis lalu selepas ditahan pada Mac 2019 ketika sedang menunggu untuk menaiki pesawat ke Switzerland untuk rawatan perubatan.

Baginda yang juga merupakan penyokong lantang untuk bantuan kemanusiaan dan reformasi perlembagaan di Arab Saudi telah ditahan bersama anak perempuannya, Souhoud Al Sharif.

Sejak itu, kedua-duanya telah ditahan di penjara Al-Ha’ir dengan keselamatan maksimum berhampiran Riyadh, walaupun tidak didakwa secara rasmi dengan sebarang kesalahan jenayah.

“Tuan puteri dan anakandanya telah dibebaskan dari penjara dan tiba di kediaman di Jeddah pada 6 Januari lalu.

“Baginda berada dalam keadaan baik namun akan mendapatkan rawatan perubatan. Baginda kelihatan letih tetapi bersemangat dan bersyukur dapat bersatu semula dengan puteranya,” kata penasihat undang-undang, Henri Estramant kepada akhbar Jerusalem Post. 

Beliau bagaimanapun tidak menyebut sebab kedua-duanya dibebaskan.

Puteri Basmah merupakan anak perempuan Raja Abdul Aziz yang memerintah negara itu dari 1953 sehingga 1964. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN