fbpx

Percutian menjangkaui imaginasi, Hairul Azreen, Hanis Zalikha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hairul menyifatkan percutian menjangkaui imaginasi tersebut sebagai satu rezeki buat anak-anaknya.

PETALING JAYA – Selepas dibawa menaiki kapal layar mewah, pasangan selebriti popular, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sekali lagi menjadi tetamu Tan Sri Vincent Tan apabila berpeluang menikmati percutian dengan menaiki jet peribadi jutawan terkenal itu.

Hairul menerusi Instagram berkongsi keterujaan dan seakan-akan tidak percaya selain menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki buat kedua-dua anaknya.

“Bila Tan Sri call (hubungi) saya, tak sangka rezeki ini yang nak sampai. Permulaan yang baik tahun 2022. Rezeki anak-anak.

“Perjalanan menjangkaui imaginasi. Sangat bertuah dijemput oleh Tan Sri Vincent dalam percutian impian ini,” tulis Hairul yang bagaimanapun tidak menyatakan destinasi percutian secara spesifik.

Menerusi video yang dimuat naik, Hairul, isteri dan dua anak mereka dilihat menerima layanan cukup istimewa daripada ahli perniagaan terbabit.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti teruja dengan percutian mewah pasangan suami isteri tersebut.

“Awak layak mendapatkannya kerana awak sekeluarga selalu merendah diri.

“Masya-Allah, rezeki orang baik. Rezeki tidak pernah salah alamat. Untung Yusuf dan adiknya,” ujar netizen.

Terdahulu, pada Oktober lalu, pelakon filem Paskal itu dan keluarga berpeluang menikmati percutian atas kapal layar mewah milik jutawan berkenaan selepas dipelawa ahli perniagaan tersebut secara tidak sengaja ketika bercuti di Pulau Redang, Terengganu ketika itu.

Untuk rekod, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI