fbpx

Palmer bintang pembikinan baharu City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PALMER (kiri) meledak satu gol buat City ketika mencatat kemenangan bergaya ke atas Swindon awal pagi semalam. – TWITTER CITY CHIEF

LONDON – Prestasi baik dijelmakan Phil Foden dan Cole Palmer memberi gambaran terhadap keputusan Pep Guardiola untuk tidak terlibat aktif dalam pasaran perpindahan pemain bulan ini bagi mengukuhkan jentera serangan Manchester City.

Palmer membalas kepercayaan yang diberikan selepas menghasilkan satu gol ketika membantu The Citizens menca­tat kemenangan selesa 4-1 ke atas Swindon Town pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium County Ground awal pagi semalam.

Persembahan dijelmakan Palmer, 19, berjaya mengatasi statusnya sebagai pemain paling ‘mentah’ dalam kesebelasan utama yang diturunkan City dalam aksi tersebut.

Tanpa melakukan kesilapan, bintang muda itu kini dilihat sudah cukup bersedia untuk membawa cabaran City khususnya ketika ketiadaan Riyad Mahrez yang kini bersama Algeria menghadapi saingan Piala Negara-Negara Afrika.

“Saya harap dia (Guardiola) menyukai apa yang saya pamerkan dalam perlawanan ini. Saya hanya perlu terus bekerja keras setiap kali diberikan peluang.

“Namum, saya tidak boleh cepat selesa dan perlu teruskan ­prestasi ini. Ia bagi memboleh­kan saya mendapatkan lebih banyak minit permainan bersama pasukan,” kata Palmer.

Dalam perlawanan itu, City jelas menguasai permainan dengan meraih gol pembukaan melalui Bernardo Silva seawal 14 minit pertama sebelum Gabriel Jesus menggandakan kedudukan pada minit ke-28.

Pemain tengah, Ilkay Gundogan memastikan City selesa mendahului dengan kedudukan 3-0 selepas menyempurnakan sepakan percuma sebelum Pal­mer meledak gol keempat pasukan dalam aksi itu.

Gol tunggal Swindon dalam aksi itu pula berjaya dihasilkan oleh Harry McKirdy. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI