SETIAP negeri di Malaysia mempunyai persalinan tersendiri yang dipakai oleh masyarakatnya sejak zaman berzaman dan menjadi kebanggaan mereka. Begitu juga dengan negeri yang mendapat jolongan Indera Kayanggan, Perlis mempunyai pakaian istimewa iaitu kebaya Perlis yang suatu ketika dahulu hanya dipakai oleh golongan istana dan bangsawan. Kebaya Perlis merupakan pakaian yang menjadi warisan budaya masyarakat Melayu Perlis sebelum tahun 1930-an lagi. Pada zaman dahulu, kebaya Perlis ini biasanya dipakai oleh golongan istana dan bangsawan di majlis-majlis keraian seperti kenduri atau majlis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya