fbpx

Nahas tiga kenderaan, dua wanita maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di simpang Taman Semarak, Jalan Kuhara, petang semalam.-Foto IHSAN BOMBA

TAWAU – Dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di simpang Taman Semarak, Jalan Kuhara di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.40 petang itu, mangsa, Suwati Sugio, 50 dan seorang lagi dikenali sebagai Nurfaizah, 20, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kejadian melibatkan sebuah kereta dan dan dua buah pacuan empat roda.

“Sewaktu kejadian, pemandu kereta berusia 23 tahun dalam perjalanan dari arah Jalan Chong Thein Vun menuju ke Taman Semarak.

“Bagaimanapun, ketika memasuki simpang, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Gudang 4 cuba mengelak namun akibat jarak yang terlalu dekat mengakibatkan pemandu terbabit melanggar bahagian hadapan kereta.

“Akibat kejadian itu, pacuan empat roda terbabas lalu terseret sejauh kira-kira 26 meter sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lagi kenderaan lain,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Peter menyatakan kemalangan terbabit mengakibatkan dua penumpang di dalam kenderaan pacuan empat roda maut manakala tiga lagi cedera dan di rawat di Unit Kecemasan Hospital Tawau.

Peter berkata, siasatan lanjut mendapat kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Proton Saga sewaktu memasuki ke simpang jalan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI