fbpx

Masih terlalu awal layak ke Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA kini dalam fasa membentuk sebuah skuad hoki wanita yang mantap untuk mencabar di peringkat tertinggi selepas ini.

KETUA jurulatih skuad hoki projek khas wanita negara, Nasihin Nubli Ibrahim ­menganggap perjalanan pasukannya untuk layak ke Piala Dunia masih lagi jauh.

Sebaliknya, Nasihin lebih cenderung untuk memastikan barisan pemain mudanya menimba pengalaman kerana majoriti mereka masih belum mempunyai kaps di pentas antarabarangsa.

Disebabkan itu, beliau tidak meletakkan sasaran tinggi dalam saingan Piala Asia di Muscat, Oman bermula 21 hingga 28 Januari ini yang me­rupakan pusingan kelayakan ke pentas Piala Dunia 2022 pada Julai nanti.

“Realistiknya agak sukar kerana kita hampir dua tahun tiada perlawanan antarabangsa. Pasukan-pasukan lain seperti India, China dan Jepun beraksi di Sukan Olimpik 2020, manakala Korea Selatan pula tuan rumah ACT (Trofi Juara-Juara Asia) tahun lalu.

“Kita tidak mahu letakkan tekanan atau berangan untuk berada dalam kelompok empat teratas (Piala Asia). Jalan cerita kita boring dan perjalanan kita masih lagi jauh.

“Sekarang kita nak dedahkan para pemain muda yang tiada kaps antarabangsa ke tahap lebih tinggi. Kita bersabar untuk membentuk satu pasukan yang bagus demi masa depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Sebagai rekod, empat pasukan teratas dalam saingan Piala Asia kali ini akan meraih slot automatik ke Piala Dunia 2022 yang bakal dianjurkan di dua lokasi iaitu Terrassa, Sepanyol dan Amstelveen, Belanda.

Walaupun menghuni ­ranking ke-20 dunia tetapi Malaysian Tigress tidak pernah layak ke pentas Piala Dunia kerana sering menjadi pasukan kelima terbaik Asia di belakang India (No. 9 dunia), China (No. 10 dunia), Korea Selatan (No. 12 dunia) dan Jepun (No. 14 dunia).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI