PETALING JAYA – Pelakon versatil Nad Zainal mencuri tumpuan netizen dengan penampilan yang dikatakan terlalu seksi serta mencolok mata bahkan menampakkan bahagian pangkal payu daranya.
Menerusi hantaran dalam Instagramnya, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi beberapa keping foto memaparkan dirinya terlibat dengan penggambaran untuk montaj sebuah naskhah baharu lakonannya.
Tampil cantik dan lengkap dengan gaun berwarna merah hati, Nad bagaimanapun pantas menjadi sasaran netizen kerana disifatkan terlalu seksi dan tidak sesuai dengan dirinya.
“Makin cantik, Makin kurang kain. Berlakon best.”
“Baju ambil vaksin. Kasihan laki kau kak,” tulis netizen.
Sementara itu ada juga netizen yang menggesa pelakon berusia 32 itu segera bertaubat.
“Makin tunjuk benda tersembunyi. Mohon taubat semua. Saya pun perasan juga semenjak makin kurus ni, ish tak tahulah,” tulis seorang pengguna Instagram.
“Makin lama makin terbuka banda yang haram untuk ditayang, perlahan-lahan tutup aurat ya,” kata seorang pengikut.
Melihat penampilan ‘daring’ Nad tersebut, ada yang meluahkan rasa simpati terhadap suami pelakon itu, Muhammad Faliq Amirudin kerana terpaksa menanggung perbuatan si isteri.
”Selagi mana dilihat orang selagi itulah suami menanggung dosa awak,” memetik teguran yang dilemparkan kepada pelakon asal Kajang, Selangor itu.
Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata ini turut pernah dikecam netizen gara-gara penampilan seksinya ketika bercuti bersama rakan-rakan selebriti lain di Pulau Bali, Indonesia beberapa tahun lalu.
Rata-rata peminat menyifatkan Nad sepatutnya menjaga tatasusila sebagai seorang isteri, sementelah sudah mempunyai dua orang cahaya mata.
Satu hal yang mengejutkan, aktres yang pernah menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2018 (Fatonah Azali) itu sebenarnya jarang benar terpalit dengan kontroversi berpakaian seksi. – K! ONLINE