fbpx

Lelaki cedera para glider terjatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa keluar mangsa selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti paragliding di Taman Tasik Permai, Pengkalan Hulu.

GERIK – Aktiviti luncur udara seorang lelaki bertukar cemas apabila para glider dipandunya hilang kawalan lalu terjatuh di sebuah kawasan rimbunan buluh di Taman Tasik Permai, Pengkalan Hulu di sini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.30 petang sebelum bantuan bomba dihubungi untuk menyelamatkan mangsa.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.53 petang.

Menurut jurucakap itu, sepasukan anggota dan
jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu dikerah ke lokasi bagi operasi menyelamat.

“Setiba di lokasi, kita mendapati seorang lelaki Melayu tersangkut pada pokok buluh, dipercayai hilang kawalan semasa melakukan aktiviti paragliding.

“Anggota bomba bertindak menurunkan mangsa sebelum memberi rawatan awal,” ujar jurucakap tersebut dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa, Rizal Abdul Manap, 35, mengalami kecederaan patah bahu kanan selepas tersangkut pada rimbunan pokok buluh berkenaan.

Kata jurucakap itu, mangsa kemudiannya diserahkan kepada petugas kesihatan dan dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Visal Reang itu tamat pada pukul 3.18 petang. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI