fbpx

Lelaki belanja RM70,000 untuk tidak kelihatan seperti manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ini mula mencacah tatu pada wajah selain turut mewarnakan bebola matanya. - JamPress

BERLIN – Seorang lelaki sanggup membelanjakan wang sehingga £12,500 (RM71,526) untuk mengubah bahagian tubuhnya supaya tidak nampak seperti seorang manusia, lapor laman berita MailOnline kelmarin.

Lelaki berusia 28 tahun yang hanya dikenali sebagai ‘Black Depression’ menerusi laman Instagramya itu telah mencacah tatu pada wajahnya yang kelihatan seperti permainan teka-teki jigsaw, membuang sebahagian telinganya, menindik telinga dan hidung serta mewarnakan bebola matanya.

Dia juga melapisi giginya dengan titanium dan membelah lidahnya, menjadikan ia bercabang.

“Saya berminat terhadap pengubahsuaian badan sejak bertahun-tahun lamanya.

“Saya boleh menghasilkan dan mengubah badan saya seperti apa yang saya mahukan dan tidak mengikut trend seperti kebanyakan orang lain,” katanya yang menyifatkan dia telah menghasilkan trend sendiri selain tidak menggayakan apa yang digayakan orang lain.

Lelaki itu mula mengubahsuai badannya ketika berusia 20 tahun dengan menjalani prosedur membelah lidahnya.

Dia juga berkata masih belum berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan dan bercadang untuk melakukan lebih banyak perubahan ekstrem dalam masa terdekat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI