fbpx

Layan peminat tertentu? IU tak pilih kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IU

NAMA penyanyi IU baru-baru ini hangat diperkatakan netizen Korea Selatan yang mendakwa dia bersikap pilih kasih dan hanya memberikan layanan istimewa kepada peminat tertentu.

Tidak menunggu lama, agensinya EDAM Entertainment telah menyiarkan notis dalam laman kelab peminat rasmi IU sebagai tindak balas kepada spekulasi yang timbul.

Jelas agensinya, dakwaan tidak berasas sedemikian wujud selepas IU dikatakan hanya memberi layanan istimewa kepada beberapa peminatnya semasa proses penciptaan dokumentari perdananya.

“Semasa memantau pendapat peminat tentang dokumentari IU, Pieces: A Twenty-Nine Year Old’s Winter, kami dimaklumkan wujud perkara yang boleh mengelirukan dan menjadi salah faham.

“Selepas mengumumkan berita dokumentari itu kepada umum, kami dimaklumkan bahawa beberapa peminat menerima panggilan telefon berasingan daripada agensi IU sebelum penggambaran dokumentari berlangsung.

“Selepas semakan fakta, penulis skrip dokumentari dengan sendiri telah menghubungi beberapa peminat secara rawak berdasarkan pertimbangan peribadi dan mengadakan temu bual untuk proses dokumentari itu tanpa dipilih oleh IU,” tulis kenyataan tersebut.

Tambah EDAM, IU langsung tidak tahu menahu identiti peminat yang dipilih dan semuanya diuruskan pasukan agensi, sekali gus meleraikan dakwaan penyanyi tersebut bersikap pilih kasih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI