fbpx

Kastam rampas air zam zam, rokok seludup RM5.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 600 botol air zam zam seberat 3,000 liter di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah pada 30 Disember lalu.

Pengarahnya, Sazali Mohamad berkata, air zam zam yang dianggarkan bernilai RM66,000 itu dikesan di laluan Keluar Cawangan Eksport KSAB dan dalam perjalanan menuju ke Singapura pada pukul 3.45 petang.

Katanya, dalam serbuan berkenaan pihaknya turut menahan dua lelaki warganegara tempatan berusia 21 dan 30 tahun yang merupakan pemandu dan kelindan lori.

“Siasatan dibuat mendapati air zam zam itu disimpan di dalam lori yang turut membawa bersama barangan dagangan lain seperti peralatan mandian, minyak urut, peralatan sembahyang yang telah diikrar.

“Kami telah menghantar sampel air zam zam yang dirampas itu ke Jabatan Kimia untuk disahkan ketulenannya pada 2 Januari lalu, namun sehingga kini masih belum mendapat keputusan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat JKDM Johor, di sini hari ini.

Sementara itu, Sazali turut memberitahu pihaknya juga berjaya merampas 7.9 juta batang rokok tidak bercukai dalam satu serbuan yang dijalankan di Bay Kontena, Pelabuhan Pasir Gudang pada pukul 11.45 pagi, 28 Disember lalu.

“Seorang lelaki warganegara tempatan berusia 43 tahun yang bertugas dengan syarikat perkapalan yang membawa barangan berkenaan turut ditahan untuk membantu siasatan.

“Nilai rokok yang dirampas adalah sebanyak RM3.168 juta manakala duti dan cukai yang terlibat berjumlah RM5.54 juta,” ujarnya sambil memaklumkan rokok berkenaan dibawa masuk dari negara China.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI