fbpx

Kakitangan KTMB cuai digantung tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menggantung tugas ke atas kakitangan yang didapati cuai apabila tidak berhenti di Hentian Kuala Gris, Kuala Krai Kelantan pagi tadi hingga mengakibatkan 100 pelajar terpaksa ponteng sekolah.

KTMB dalam satu kenyataan berkata, tindakan disiplin juga akan diambil ke atas kakitangan tersebut sekiranya siasatan lanjut mendapati berlaku kecuaian.

“Kami mengesahkan tren Shuttle Timuran Nombor 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat pada jam 4.05 pagi tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada jam 7.08 pagi.

“KTMB memandang serius dan berasa kesal dengan kejadian lebih-lebih lagi melibatkan 100 pelajar sekolah SMK Dabong yang baru memulakan sesi persekolahan hari ini,” katanya.

Sehubungan itu, KTMB memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah yang terlibat dan kesal atas kejadian yang berlaku.

“Tindakan penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan dan KTMB menjamin insiden yang sama tidak akan berulang pada masa hadapan,” jelas di kenyataan KTMB. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI