fbpx

Hobi pelik bela biawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita yang memeluk dan mengusap biawak

PETALING JAYA – Seorang wanita membuat kelainan apabila membela biawak berbanding kucing atau burung hingga sanggup memeluk serta mengusap reptilia itu.

Berdasarkan sebuah rakaman klip video berdurasi 13 saat yang dikongsikan oleh Khalid Ibn Al-Walid, wanita tersebut seolah-olah menyayangi biawak itu sehingga memeluk dan mengusap seperti kucing.

Umum mengetahui sekiranya biawak menggigit manusia, ia masih boleh dirawat dengan menyuntik racun yang akan memberikan kesan ringan, namun masih terdedah kepada bakteria berjangkit.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai pelik dengan tindakan wanita tersebut.

“Banyak-banyak haiwan yang awak boleh bela, biawak hidup ni juga awak nak bela,” ujar @DarlingSyera.

“Alahai, ada lagi binatang yang lebih bagus untuk di pelihara seperti kucing atau arnab. Ini biawak jugak yang awak suka,” jelas @JumatZakeria.

“Tengok bentuk muka biawak ini macam jenis biawak hutan belantara tidak suka makan bangkai, kalau jenis biawak liar yang berjalan sana sini makan bangkai itu yang saya takut,” kata @RusliTLolubung. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI