fbpx

Arsenal tidak rela dimalukan Forest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL dijangka menurunkan gabungan pemain muda dan senior berhadapan Forest untuk aksi pusingan ketiga Piala FA awal pagi esok. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menuntut barisan pemainnya membuktikan sesuatu apabila menentang Nottingham Forest yang sebelum ini pernah mengecewakan kelab itu menjelang aksi pusingan ketiga Piala FA di ­Stadium City Ground awal pagi esok.

Pengurus dari Sepanyol itu melihat kesukaran yang bakal dihadapi akan memberikan sesuatu yang berguna kepada pasukannya memandangkan Piala FA adalah kejohanan yang penting buat The Gunners.

“Sejarah menentang Forest memberikan kesedaran buat pemain bahawa perlawanan ini akan menjadi sangat sukar. Namun, adakalanya ia amat berguna buat pemain untuk meraih sesuatu yang positif.

“Tiada sebarang keutamaan diberikan kerana kami mengambil satu demi satu perlawanan. Kami tidak merancang untuk merehatkan pemain utama ha­nya kerana memikirkan dua atau tiga perlawanan selepas ini.

“Ini kerana, mereka (pemain utama) mungkin dijangkiti Co­vid-19 ataupun apa sahaja boleh berlaku. Jadi, kami akan cuba memenangi satu demi satu perlawanan,” kata Arteta.

Sebagai rekod, Arsenal pernah dimalukan Forest dengan kekalahan 2-4 ketika beraksi di City Ground pada pusingan ketiga Piala FA edisi 2018.

Bagi pertembungan kali ini, Arteta enggan mendedahkan barisan yang bakal diturunkan tetapi mengakui, pasukannya berdepan masalah kekurangan pemain disebabkan penularan wabak Covid-19.

“Kami akan menilai skuad yang ada, namun kami juga sentiasa berdepan beberapa isu dalam setiap perlawanan.

“Ia adalah berkait ­dengan Co­vid-19 dan kecederaan. Saya tidak boleh kata apa-apa lagi tetapi kami kini berdepan masalah kekurangan pemain,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI