fbpx

Rangnick beri ‘lampu hijau’ buat Lingard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LINGARD hampir pasti akan dijual oleh United penghujung bulan ini apabila tidak menjadi pilihan Rangnick di dalam skuad utama. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick dilaporkan sudah membuat keputusan jelas apabila bersedia melepaskan khidmat pemain tengahnya, Jesse Li­ngard pada jendela perpindahan kali ini.

Lingard terus berdepan kesukaran untuk menembusi kesebelasan pengurus sebelum itu, Ole Gunnar Solskjaer, namun kehadiran Rangnick seakan memberi sinar.

Bagaimanapun, dia terus gagal untuk memikat pengendali dari Jerman itu.

Selepas enam perlawanan mengemudi United, Lingard hanya diturunkan ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Young Boys, namun aksi longlai dipamerkan menyebabkan pengurus itu terus ‘membekukannya’ di bangku simpanan selepas itu.

Bagaimanapun, Rangnick lebih gemar menurunkan Anthony Elanga yang sudah beraksi dalam dua perlawanan termasuk ketika mereka tewas kepada ­Wolverhampton Wanderers sebelum ini.

Penganalisis bola sepak England, Kevin Campbell percaya, Januari adalah bulan terakhir karier Lingard di Old Trafford apabila khidmatnya akan dilepaskan.

“Maklumat yang saya ada menyatakan Lingard akan meninggalkan United 31 Januari nanti. Tidak logik apabila seorang pengurus memiliki seorang pemain bertaraf kebangsaan di bangku simpanan tetapi menurunkan pemain muda.

“Itu adalah kemuncak apabila saya merasakan bahawa Lingard sudah tidak lagi mempu­nyai masa depan di Old Trafford. Ia sangat menyedihkan kerana Lingard adalah seorang pemain yang baik.

“Dia memiliki tenaga dan sesuai dengan corak Rangnick, tetapi keengganannya untuk menandatangani kontrak baharu menyebabkan United tidak mempunyai pilihan kecuali menjualnya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI