fbpx

Perhilitan selamatkan ungka sesat di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ungka tangan putih kelihatan bergayut di dahan sebatang pokok sebelum diselamatkan pasukan Perhiilitan di Kuala Lumpur. /FOTO IHSAN PERHILITAN

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyelamatkan seekor ungka tangan putih yang dipercayai tersesat di ibu negara selepas haiwan itu ditemui penduduk di Taman Intan Baiduri, Kepong di sini, 5 Januari lalu.

Perhilitan menerusi satu perkongsian di laman Facebook rasminya berkata, susulan maklumat diterima daripada orang awam berhubung kehadiran mamalia yang turut dikenali sebagai Lar Gibbon itu, satu operasi menyelamat telah dilancarkan oleh pasukan Perhilitan Wilayah Persekutuan.

“Operasi menyelamat itu melibatkan sekumpulan kakitangan yang dibawa khas daripada Bahagian Konservasi Hidupan Liar dan Bahagian Konservasi Ex-Situ Ibu Pejabat Perhilitan.

“Petugas Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan dibawah Perhilitan yang didatangkan dari Sungkai, Perak juga bergegas ke lokasi haiwan berkenaan ditemui bagi membantu dalam operasi tersebut,” katanya semalam.

Jelas Perhilitan, pemeriksaan awal mendapati ungka betina berkenaan dalam keadaan sihat dan selamat dipindahkan ke premis pusat tersebut untuk proses pemantauan yang selanjutnya.

Ungka merupakan haiwan yang dilindungi sepenuhnya oleh pihak kerajaan dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan jika disimpan, individu terlibat boleh didakwa di mahkamah.

Sekiranya disabitkan kesalahan, pelaku akan dikenakan hukuman denda yang tidak melebihi amaun RM200,000 ataupun dipenjara sehingga tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI