fbpx

Perhilitan Perak pindahkan Yob Tawai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua ekor gajah denak digunakan dalam proses pemindahan Yob Tawai (tengah) di Ladang Felda Tawai, Gerik hari ini.

GERIK – Seekor gajah liar seberat 2.3 tan yang ditangkap di Ladang Felda Tawai di sini, Selasa lalu telah dipindahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak pagi tadi.

Gajah jantan berusia 10 hingga 11 tahun itu ditangkap susulan aduan berhubung kehadiran mamalia tersebut di kawasan berkenaan pada Disember lalu.

Operasi pemindahan haiwan liar yang dinamakan Yob Tawai itu bermula pukul 9 pagi melibatkan 22 petugas termasuk dari Pusat Konservasi Gajah kebangsaan Kuala Gandah (PKGK) serta dua doktor veterinar.

Dua ekor gajah denak betina iaitu Abot dan Rambai dari PKGK digunakan bagi ‘memujuk dan menenangkan’ Yob Tawai untuk dibawa ke lokasi seterusnya.

Dalam operasi hampir lima jam itu, Yob Tawai dibawa menaiki treler khas untuk dihantar ke Taman Negeri Royal Belum dekat sini.

Sebelum ini, usaha menangkap haiwan itu berdepan kesukaran berikutan kawasan berkenaan tidak mempunyai pokok besar untuk berlindung sekiranya gajah berjaya ditangkap.

Gajah dari kumpulan Hutan Simpan Piah itu dipercayai diusir keluar daripada kumpulan gajah jantan yang dominan sebelum ditemui berkeliaran di ladang berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan mengenai operasi pemindahan mamalia itu hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI