fbpx

Minta sebut harga dahulu sebelum hantar kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Mangsa-mangsa banjir dinasihati untuk menghubungi bengkel-bengkel terlebih dahulu sebelum menghantar kenderaan masing-masing untuk dibaiki bagi mengelakkan diri daripada ditipu.

Pengasas Bersama Scrut Auto, Nik Muhammad Izwan Nik Mohd. Kamel berkata, langkah itu perlu dilakukan kerana ramai mangsa banjir yang ditipu pengusaha bengkel tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, dalam keadaan begini ramai yang suka mengambil kesempatan, tambahan pula banyak tempat dinaiki air sehingga menyebabkan bengkel-bengkel terutamanya di Lembah Klang penuh dengan kereta mangsa banjir.

“Mangsa banjir yang hendak menghantar kereta mereka hendaklah menghubungi bengkel-bengkel terlebih dahulu, dapatkan slot pemeriksaan dan sebut harga.

“Jangan terus hantar kerana kebanyakan pusat membaiki kenderaan sekarang penuh. Jika tidak setuju, rasa mahal, tak perlu baiki kereta di sana,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Nik Muhammad Izwan, penipuan berlaku kerana kecuaian mangsa sendiri yang bersiap tidak kisah dan tidak mahu meminta sebut harga walaupun kos membaiki kenderaan dan alat ganti berbeza-beza.

Pada masa sama, dia turut menyarankan agar kereta yang rosak kerana banjir dihantar kepada bengkel secepat mungkin bagi mengelakkan kos pembaikan meningkat kerana lumpur yang ada di dalam kereta mengeras dan menyukarkan ia dibaiki.

Dalam pada itu, dia juga menyarankan agar pemilik bengkel bijak memilih pelanggan kerana mereka akan menanggung kerugian jika pelanggan tidak mampu bayar.

“Setiap bengkel ada kadar harga mereka sendiri. Kalau di Scrut Auto, kami akan memberikan sebut harga setelah kerosakan dianggarkan dan diagnosis dibuat.

“Jika tidak bersetuju. Hanya bayar kos pemeriksaan dan diagnosis sahaja, kemudian boleh dibawa kereta anda ke bengkel lain. Begitulah praktis kami di sini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI