fbpx

Lima setinggan jadi pusat barang lusuh terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba memadamkan kebakaran rumah setinggan itu di Jalan Bagan Pasir, di sini hari ini.

KUALA SELANGOR – Lima deretan rumah setinggan yang kawasan sekitarnya dijadikan pusat pengumpulan barangan lusuh musnah dalam kebakaran di Jalan Bagan Pasir, hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.20 petang.

Katanya, operasi itu disertai sepasukan 26 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Kuala Selangor, Sekinchan serta Sungai Besar.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati lima rumah setinggan kelas C sedang terbakar.

“Pemeriksaan mendapati semua premis berkenaan musnah terbakar sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Zulfikar, kebakaran itu berjaya dikawal pihaknya pada pukul 1.45 petang dengan punca sebenar kejadian dan kerugian masih dalam siasatan. -K !ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI