fbpx

Jangan pandang remeh varian Omicron – WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur di Terminal Feri Staten Island, Bandar raya New York untuk melakukan ujian saringan Covid-19 pada 5 Januari lalu. - AFP

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran supaya tidak memandang ringan  Omicron dengan menganggap varian Covid-19 itu hanya mendatangkan gejala ringan , lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Kajian terbaharu menunjukkan bahawa Omicron kurang berisiko menyebabtkan jangkitan teruk berbanding varian Covid-19 sebelumnya.

Namun, Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, rekod bilangan individu yang telah dijangkiti Covid-19 disebabkan varian Omicron menyebabkan sistem kesihatan negara-negara dunia berada dalam tekanan teruk.

Menurut WHO yang merupakan agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), jumlah kes Covid-19 global  meningkat sebanyak 71 peratus minggu lalu,  manakala di Amerika Syarikat pula, angka jangkitan melonjak 100 peratus.

Agensi itu menyatakan bahawa antara bilangan kes jangkitan yang teruk di seluruh dunia, 90 peratus daripadanya melibatkan individu  tidak divaksin. 

“Walaupun Omicron kelihatan kurang teruk berbanding varian Delta terutamanya bagi mereka yang sudah divaksinasi, tidak bermakna varian itu harus dikategorikan sebagai ringan.

“Sama seperti varian sebelumnya, Omicron menyebabkan pesakit dimasukkan ke hospital dan mengorbankan nyawa,” kata Dr Tedros dalam satu sidang akhbar yang diadakan kelmarin.

Omicron menular dengan amat pantas dan boleh menjangkiti seseorang walaupun mereka telah lengkap divaksin. 

Bagaimanapun, vaksin masih penting kerana ia membantu melindungi daripada penyakit teruk dan kemasukan ke hospital.

Dalam komen terbaharunya, Tedros mengulangi gesaan untuk edaran vaksin yang lebih besar bagi membantu negara-negara miskin memberikan suntikan pelalian Covid-19 kepada penduduk masing-masing.

Menurut beliau, berdasarkan agihan  vaksin semasa, sebanyak 109 buah negara akan terlepas daripada sasaran WHO untuk menjadikan 70 peratus populasi dunia sudah mendapat vaksinasi lengkap menjelang Julai tahun ini.

Tahun lalu, ketua WHO itu berkata, dunia akan mempunyai dos vaksin yang mencukupi pada tahun ini untuk diberikan kepada seluruh populasi dewasa global sekiranya negara-negara Barat tidak membolot vaksin untuk digunakan dalam program dos penggalak. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI