fbpx

Individu menang Ford Mustang, Ducati orang berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Amerrul Hakimi (gambar kiri, tengah) menafikan dakwaan individu yang memenang Ducati Panigale 1199 adalah dirinya.

MUAR – Pemuda yang memenangi kereta sport jenis Ford Mustang Ecoboost model 2016 dalam cabutan bertuah ketika menyertai pertandingan memancing di Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah menafikan bahawa individu yang memenangi motosikal berkuasa tinggi adalah dirinya.

Muhammad Amerrul Hakimi Mohd. Suhaili, 24, berkata, dia tidak mengenali individu yang membawa pulang Ducati Panigale 1199 dalam acara sama pada tahun 2017.

“Saya tidak mengenali individu tersebut, kenapa tuduh dan viralkan benda yang tidak betul tanpa usul periksa terlebih dahulu.

“Kepada yang kata saya ada kroni, pakai ‘kable’, orang dalam la apa semua itu, boleh tengok semula kat laman Joran Bukit Merah Laketown.

“Dekat situ ada buat ‘live’ dan tunjuk macam mana telusnya cara mereka buat cabutan bersaksikan orang ramai di sekeliling,” jelasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muhammad Amerrul memberitahu, kereta mewah itu telah diserahkan kepada bapanya, Mohd. Suhaili Ramli sebagai hadiah hari lahir.

Katanya, terpulang kepada bapanya sama ada mahu menjual atau sebaliknya.

Terdahulu, pada 28 Disember lalu, pemuda kelahiran Muar itu menjadi tular apabila memenangi hadiah utama kereta sport mewah yang bernilai antara RM250,000 hingga RM270,000 itu.

“Pada asalnya, niat saya nak ke sana memang saja-saja. Tak berharap sangat untuk menang tapi ada lah niat juga kalau dapat kereta itu, nak bagi ayah sempena ‘birthday’ dia pada 28 Disember baru ni.

“Saya beli tiket ke tempat memancing itu pada tarikh yang sama hari jadi ayah pada 28 Disember 2021 dan daftar dalam Group Team Lanun Johor,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI