fbpx

Fokus pembangunan bukan cari jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBANGUNAN akar umbi lebih penting untuk memastikan negara memiliki pilihan pemain yang lebih ramai untuk meningkatkan kualiti Harimau Malaya.

BEKAS pengendali skuad Harimau Malaya, Wan Jamak Wan Hassan menggesa supaya fokus diberikan kepada program pembangunan pemain di peringkat akar umbi berbanding mengejar kejayaan sekelip mata yang mustahil untuk dilakukan.

Kata Wan Jamak, peminat bola sepak negara sememang­nya dahagakan kejayaan dengan harapan skuad Harimau Malaya dibimbing jurulatih luar negara selepas Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan awal minggu ini.

“Jurulatih tempatan atau luar negara bagi saya, jika dalam waktu terdekat ini, tiada buruk dan tiada juga baiknya.

“Kita pernah ambil jurulatih luar sebelum ini, tetapi gagal dan kita ‘tendang’ dia juga, desak dia berhenti.

“Sama saja bagi saya, kalau jurulatih luar negara atau tempatan sekalipun, jika pemainnya adalah muka itu juga, pasti Malaysia akan ulangi perkara sama,” kata Wan Jamak yang pernah mengendalikan skuad kebangsaan pada tahun 1996 hingga 1997.

Mengulas lanjut, Wan Jamak percaya, langkah yang tepat adalah memberi tumpuan mencungkil bakat baharu kerana ketika ini kualiti dan kekuatan pemain negara menjadi antara punca kekalahan Harimau Malaya.

“Kita tiada pemain yang berani berlari dan membuat hantaran di celah pemain lawan. Tapi, kalau tengok pemain Vietnam dan Indonesia, mereka kerap mela­kukan hantaran di celah pemain kita.

“Pemain kita tidak berani untuk menggunakan kemahiran individu seperti menggelecek bola dan berlari dengan bola.

“Jadi, di sini penting untuk kita melatih dan fokus generasi akar umbi seawal usia enam hingga 12 tahun agar ada kemahiran seperti itu dan berani untuk persediaan ke peringkat seterusnya,” katanya.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya dikritik hebat selepas gagal mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas tersingkir pada peringkat kumpulan saingan Piala AFF Suzuki 2020 lepas.

Susulan itu, Cheng Hoe mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya sebelum Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell memberi bayangan bahawa mungkin seorang pengendali import bakal dilantik untuk mengemudi skuad negara untuk saingan mendatang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN