fbpx

Dua jari kaki kanak-kanak cedera tersepit eskalator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan kejadian kaki seorang kanak-kanak tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu semalam. - FOTO: IHSAN MEDIA SOSIAL

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun mengalami kecederaan bahagian kakinya selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini semalam.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan dua jari kaki kiri mangsa iaitu jari kelingking dan jari tengahnya cedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, berdasarkan laporan, kejadian berlaku semasa mangsa bersama bapanya yang berusia 36 tahun berada di aras bawah pusat beli-belah berkenaan.

Menurutnya, dua beranak itu dipercayai menaiki eskalator dari aras bawah untuk ke tingkat satu.

“Semasa menaiki eskalator itu, dua jari kaki kanak-kanak itu tersepit pada bahagian tangga bergerak itu.

“Mangsa terpaksa menahan kesakitan selama beberapa minit sebelum kakinya berjaya dikeluarkan dari bahagian eskalator itu dengan bantuan orang awam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Suhaimi, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, bapa mangsa telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini kira- kira pukul 5.03 petang semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI